Ahad, 17 Oktober 2010

Kuasa Penyembuhan

Salam...
Semalam, setelah pulang dari tugasan luar, badanku mula berasa sakit dan lenguh-lenguh. Ini adalah perkara biasa kerana sebagai seorang manusia, kita akan merasa sakit dan letih. Namun, bagi orang yang cekal dan ingin meneruskan kehebatan kejayaannya, mereka akan cuba melawan kesakitan itu dengan cara yang terbaik. Inilah yang membezakan antara setiap daripada kita.

Semakin kita memikirkan tentang kesakitan itu, semakin sakit rasa badan kita.
Jadi, untuk menjadi manusia hebat, jangan fikirkan tentang kesakitan itu. Fikirkan perkara lain yang menyebabkan kita lupa kepada kesakitan itu seketika. Ini akan membolehkan tubuh melakukan penyembuhan dengan lebih cepat dan akhirnya kesakitan itu tiada lagi. Hal ini memang boleh dilakukan bagi menghadapi kesakitan kecil dan sederhana seperti demam, sakit kepala, dan sebagainya. Namun, ia memerlukan latihan dan keyakinan yang tinggi. Keyakinan yang tinggi sangat perlu kerana kita sedang cuba mengawal minda kita untuk melupakan kesakitan dan meningkatkan keupayaan tubuh.

Bolehkah kesakitan dilupakan seketika?
Boleh, jika kita mahu.
Kita boleh lupakan kesakitan itu dengan melakukan aktiviti lain hingga kesakitan itu lupa seketika daripada pemikiran kita. Kesakitan akan menyebabkan kita memancarkan getaran negatif. Apabila getaran negatif itu terpancar, maka sukarlah kita untuk menarik getaran positif. Oleh itu, cuba lupakan kepada kesakitan itu. Contohnya kita melakukan solat, zikir, membaca Al-Quran, berbual, bersiar-siar, malah tidur juga, boleh membuatkan kita lupa seketika daripada kesakitan itu dan tidak lagi mengatifkan getaran negatif. Oleh itu getaran positif mudah dilepaskan ke angkasa dan menarik lebih banyak getaran positif mendekati diri kita.

Sakit datang daripada ALLAH.
Dan hanya ALLAH lah yang memberi penyembuhan.
Kita sembuh daripada sakit bukan semata-mata kerana ubat yang dimakan. Ubat hanyalah penyebab kepada kesembuhan itu. Sebaliknya, penyembuhan itu berlaku kerana kehendak dan ketentuan ALLAH. Cuba kita perhatikan, kebanyakan ubat akan menyebabkan kita mengantuk dan tertidur. Hal ini membolehkan tubuh dapat berehat dan pemikiran tidak lagi memikirkan tentang kesakitan itu. Keadaan ini membolehkan tubuh melakukan kerjanya mengikut fungsi yang telah ALLAH tetapkan.

Semoga kita dapat merenung dan memikirkan tentang kehebatan diri kita ini yang diciptakan oleh ALLAH yang Maha Hebat.....

2 ulasan:

  1. ok.. taknak fikirlah ...

    positive .. biar cepat sembuh .

    BalasPadam
  2. :)
    Fikir cepat sembuh, makin kuat keyakinan kita untuk membiarkan tubuh melaksanakan tugasnya.
    Cuba bayangkan masa kita makan ubat, apa yang kita fikirkan? Tentu kita fikirkan sembuh, betul tak? Sebab itu keyakinan itu penting. Dan yang paling penting kena fikirkan bahawa ALLAH lah yang menentukan kesembuhan itu berlaku, maka kita susuli pula dengan doa dan tawakkal...

    BalasPadam