Isnin, 23 Ogos 2010

Tukar Strategi dan Tindakan

Catatan yang sebelum ini telah kuhuraikan berkenaan cara-cara dan langkah-langah untuk merealisasikan impian kita.

Langkah Pertama : Tetapkan Apa yang Anda Mahukan
Langkah Kedua : Hilangkan Tembok Pemisah Keyakinan

Langkah Ketiga dalam siri tindakan untuk mencapai kejayaan ini adalah;
TUKAR STRATEGI DAN TINDAKAN

Pada catatan-catatan yang lalu, akku pernah menyatakan tentang matlamat dan tindakan. Apabila seseorang itu sudah ada matlamat, maka untuk mencapai matlamat tersebut perlulah ada tindakan. Jika tiada tindakan dilakukan, maka matlamat itu hanya tinggal suatu angan-angan indah sahaja.

Bagi individu yang memang impikan kejayaan, pasti akan terus berusaha untuk mencapainya. Usaha yang dilakukan itu adalah tindakan yang dilakukan untuk mencapai sesuatu. Namun begitu, ada kalanya kita akan berhadapan dengan cabaran, rintangan, dan kegagalan. Perkara ini semua adalah untuk mematang dan menjadikan kejayaan yang kita akan kecapi itu menjadi lebih 'manis' dan bermakna buat kita.

Di sinilah letakkan langkah ketiga untuk mencapai kejayaan tersebut.
Jika kita mengalami kesulitan, atau kegagalan, maka janganlah kita mudah berputus asa. Sebaliknya, apa yang perlu kita lakukan adalah menilai semula tindakan yang kita lakukan selama ini. Mungkin apa yang kita lakukan itu tidak sesuai dengan proses mencapai kejayaan tersebut, maka kita perlu mengkaji semula tindakan itu.

Apa yang dimaksudkan di sini adalah, bukan menukar apa yang diimpikan, sebaliknya tukarkan strategi, kaedah, dan tindakan untuk mencapai impian tersebut. Dengan menukar strategi dan tindakan, maka kita akan melalui satu proses baru untuk mencapai kejayaan tersebut. Jika jalan yang lalu kita akan menemui kegagalan, mungkin jalan yang baru kita akan menemui kejayaan.

4 ulasan:

  1. salam.

    terima kasih kerana singgah dan meninggalkan jejak di blog saya. malangnya saya dah sampai limit nak follow blog orang lain. kena buang dulu sebahagian.

    saya setuju dengan tulisan awak dan ingin menambah:

    "matlamat tanpa tindakan, tak bawa ke mana-mana. tindakan tanpa matlamat, jadi macam orang gila"

    BalasPadam
  2. betul juga.. kadang2 kena tukar strategy baru.. bila tak berapa nak menjadi... :-)

    BalasPadam
  3. Terima kasih semua...

    Memang, segalanya adalah daripada usaha dan ikhtiar kita jua. Dengan usaha yang dilakukan maka pasti ALLAH akan kurniakan kejayaan itu kepada kita. Ini adalah janji ALLAH, siapa yang berusaha, dia akan berjaya...

    BalasPadam