Sabtu, 28 Ogos 2010

Gelombang Otak Manusia ~ Bahagian 1


Kehebatan dan kemuliaan manusia adalah pada otak @ akal fikiran @ minda...
Itu adalah perkara yang sudah pasti.
Lantaran itulah, maka ALLAH telah jadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Otak manusia akan mengeluarkan gelombang dan getaran yang tertentu.
Gelombang ini berlaku secara sendiri dan berterusan. Tiada rehat bagi bidang tugas otak manusia. Ia terus bekerja dan bekerja untuk tubuh kita 24 jam sehari selama 7 hari seminggu dalam 365/366 hari. Itulah kurniaan ALLAH yang paling bernilai kepada diri kita. Oleh itu, bersyukurlah kerana kita dilahirkan sempurna dengan otak @ akal fikiran @ minda yang hebat ini.

Gelombang yang dikeluarkan oleh otak manusia ini bergetar dalam bidangnya tersendiri. Kajian telah menunjukkan getaran gelombang ini berlangsung dalam 4 keadaan iaitu tahap betha, alpha, delta, dan theta. Namun yang aku hendak jelaskan di sini hanyalah gelombang tahap alpha. Kenapa gelombang tahap alpha? Kerana gelombang tahap inilah yang menjadikan manusia makhluk yang sangat hebat semasa melaksanakan tugasannya.

Pada gelombang otak tahap alpha ini, getaran yang berlaku adalah 7-14 Hz. Ini bermakna gelombang yang bergetar adalah pada tahap 'rilex' namun masih aktif. Hal ini akan berlaku ketika manusia sedang berkhayal, bermimpi, mengingatkan sesuatu, membayangkan sesuatu, atau yang paling penting manusia itu berada dalam keadaan yang sangat tenang. Pada ketika inilah, gelombang otak manusia akan memancarkan frekuansi yang sangat sesuai, berpadanan, dan seimbang dengan gelombang frekuansi yang ada di alam semesta. Gelombang yang sama ini akan memudahkan manusia menarik apa jua frekuansi yang sama untuk mendekatinya. Pada ketika ini kita akan menjadi seperti magnet, yang mampu untuk menarik sifat yang sama dengan hukum penarikan magnet tersebut dan melekat kepada kita.

Untuk itulah, kita perlu memahami sebenarnya bagaimana untuk mengawal gelombang minda kita. Ini untuk memastikan gelombang otak dan minda kita ini berada di tahap alpha, supaya kita dapat menarik kejayaan atau apa sahaja yang kita impikan dalam kehidupan ini...

4 ulasan:

  1. salam,

    yg membezakan kita dengan makhluk lain kita ada kekuatan akal fikiran..

    BalasPadam
  2. adanya hati dan minda dapt menilai kita yang mana satu pkra yang baik dan buruk.

    namun skrag kdaan dah jadi yang terbalik pula..
    manusia skrg terlalu rakus dg duniawi..

    BalasPadam
  3. salam

    saya memang sengaja datang bertandang dan bukannya 'tersesat' ke sini kerana otak saya masih lagi berfungsi dengan baik. hehe

    malangnya ramai manusia yang sengaja memusnahkan fungsi otak mereka dengan meminum arak, mengambil dadah dsb.

    tak ada otak betul !

    BalasPadam
  4. Penjejak maya; memang benar pendapat saudara, tapi tak salah juga pendapat Suri. Memang manusia dikurniakan akal yang melebihkan kita daripada makhluk lain, namun lihatlah suasana sekarang ni, kebejatan sosial manusia menjadikan manusia bertindak lebih hina daripada binatang.

    Mungkin inilah kebenarannya yang hendak dinyatakan Tn Al-Lavendari, manusia yang sengaja memusnahkan kehidupan akal fikiran, hati jiwa, dan kehebatan diri kita sebagai khalifah dengan melakukan kemusnahan kepada diri kita sendiri...

    BalasPadam