Rabu, 25 Ogos 2010

Larikan diri dari getaran negatif


Seperti mana yang aku nyatakan kelmarin,
seluruh alam semesta ini mengandungi getaran positif dan negatif.
Dan apakah yang akan berlaku kepada kita yang hanya mengeluarkan satu getaran positif, yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai getaran negatif daripada orang lain di sekeliling kita?
Apakah kita akan terus kecundang?

Dalam sebuah blog pembangunan diri yang aku pernah baca, gambaran keadaan ini diberikan kepada dua jenis kenderaan. Getaran positif (yang hanya keluar daripada diri kita seorang sahaja) digambarkan sebagai sebuah basikal yang bergerak ke timur. Getaran negatif; banyak dan hebat ( yang dikeluarkan oleh ramai orang di sekeliling kita ) digambarkan seperti sebuah lori besar yang bergerak ke barat.
Apa yang akan berlaku jika kedua-dua kenderaan ini bertembung?
Tiada ragu lagi, pasti sahaja kita menjawab, basikal (getaran positif yang kecil) itu akan hancur, remuk, patah riuk, dan 'terkulai layu' apabila berlanggar dengan lori besar itu.
Memang itulah gambaran kejadian yang akan berlaku dalam kehidupan kita ini.
Jika kita sudah menetapkan keyakinan untuk berjaya, dan mengeluarkan getaran-getaran positif, dan dalam masa yang sama, orang lain yang berada di sekeliling kita pula sibuk mengkomen, mengkritik, memperlekeh, dan segalanya atas usaha kita (getaran negatif) maka pasti akan berlaku pertembungan yang maha hebat. Oleh kerana kita seorang sahaja yang berfikiran positif (basikal), maka janganlah kita terus-terusan berhadapan dengan getaran negatif (lori besar) itu. Apa yang perlu kita lakukan adalah;
LARI DARI GETARAN NEGATIF itu...

Dalam erti kata yang lain, jika kita berhadapan dengan situasi ini, maka cepat-cepatlah kita jauhkan diri daripada orang yang sentiasa memperlekehkan usaha kita. Tetapkan usaha, cekalkan semangat, tingkatkan keyakinan, dan lari jauh-jauh daripada kata-kata negatif orang-orang itu. Pasti, sedikit demi sedikit, getaran negatif itu akan menjauh, dan berkurang, dan akhir sekali akan hilang lenyap terutama sekali jika kita sudah berjaya menampakkan sedikit hasil daripada usaha-usaha kejayaan kita itu.

ps: jika anda berbasikal, janganlah langgar je lori besar itu. Elaklah ke tepi jalan dulu. Bila lori tu dah berlalu, maka teruskanlah perjalanan kita dengan yakin dan selamat...

6 ulasan:

  1. salam sahabat..
    ini suri heee..posting sahabat byk idea yg di utarakannya :)

    ni suri pakail nama blog loveisshhearing sb suri try letak url kat box komen tapi tak der pula..

    masa kat sekolh suka masuk makmal bljar sains

    BalasPadam
  2. nanti klu shbat nak masuk blg suri masuklah blog cahaya cinta ya. klu nak msuk blog blogspot blh shja tapi suri mmg jarang kesana..

    thnnks sb sudi masuk blog suri..

    BalasPadam
  3. Great..
    Info yang menarik
    pernah belajar dulu ,
    tapi ..dulu2 lah .
    Now,
    bolehlah saya share dgn anak2..

    BalasPadam
  4. insyallah pasti akan berjaya.. pedulikan unsur2 yang selalu mendownkan kita tuh..

    BalasPadam
  5. Linda; didiklah anak-anak dengan pembangunan minda seperti ini, kelak mereka akan berjaya menjadi insan yang sangat hebat dan berterima kasih kepada kita kerana mengajar mereka sesuatu yang sangat bernilai.

    Zikr; unsur untuk menjatuhkan kita memang banyak, namun kita masih mampu untuk mengelakkannya dan mencipta kejayaan yang kita impikan...

    BalasPadam