Salam kasih sayang daripada KM buat semua.
Gambar daripada internet
Kita biasa gagal, kita pernah kalah, kita sudah merasa jatuh….Persoalannya, adakah kita menyerah begitu sahaja?
Orang yang gagal sekali, tidak bererti akan terus gagal. Mungkin percubaannya kali kedua, atau ketiga, atau keseratus, mungkin akan mencapai kemenangan dan kejayaan, meninggalkan perasaan gagal dan kekecewaan itu jauh daripada kehidupannya.
Orang yang gagal bukan kerana kekalahannya, sebaliknya orang yang gagal adalah kerana dia tidak mahu bangun daripada kekalahannya itu. Kita mungkin sibuk meratap dan menangisi kegagalan itu hingga lupa untuk bangun semula. Jika kita berjaya untuk berusaha bangun daripada kegagalan itu, maka kita bukanlah orang yang gagal, tetapi kitalah orang yang berjaya.
Kegagalan itu, menjadi pendorong kepada kita untuk terus berusaha. Kegagalan itu menjadi pedoman kepada kita untuk tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang. Kegagalan itu akan menjadi membakar semangat dan berusaha mencari jalan penyelesaian kepada kesilapan yang pernah kita lakukan.
Orang yang berjaya, akan terus berusaha tanpa mengenal putus asa kerana kegagalan pertamanya. Orang yang berjaya akan mencari peluang lain untuk meneruskan misinya mencapai kejayaan. Jika kita terus berusaha, pasti kita akan berjaya mencari kejayaan itu di mana-mana.
Manusia dikurniakan dengan nikmat akal dan fikiran yang sangat sempurna daripada ALLAH Taala. Jika kita tidak mahu menggunakan kehebatan minda kita, pasti kita akan terus gagal dan tersungkur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan