Salam kasih sayang daripada KM buat semua.
Hari ini, hinggalah ke hari Khamis, peperiksaan UPSR untuk murid-murid tahun 6 sekolah rendah akan dilangsungkan. Memang, bagi mereka yang sedang menghadapi peperiksaan seperti ini akan merasa sedikit gementar dan cuak. Apatah lagi jika pengharapan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa dan guru-guru.
Apapun, daripada KM, cubalah bertenang. Bertenang dan damaikan hati anda, kerana ia akan menjadikan anda lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan, atau apa sahaja cabaran dalam kehidupan ini. Apabila kita berada dalam keadaan tenang, maka kita akan dapat berfikir dengan lebih rasional. Keadaan ini akan membuatkan kita dapat menjawab soalan peperiksaan dengan lebih baik dan meyakinkan.
Satu cadangan untuk menenangkan hati adalah dengan bacaan ayat suci al-Quran. Tuan guru KM suatu masa dahulu pernah menyarankan KM untuk mengamalkan bacaan surah al-Insyirah untuk menghadapi saat kesukaran seperti semasa peperiksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan