Salam kasih sayang daripada KM kepada semua.
Apa khabar hari ni? Ada rasa seronok dan gembira dalam hati? Jika ada, maka anda akan tergolong dalam golongan yang sudah berjaya membentuk diri menjadi lebih baik dari kelmarin.
Berbicara tentang rasa seronok, pernahkah anda rasa sangat seronok dan teruja untuk ke tempat kerja. Mungkin sebahagian daripada kita akan dapat membentuk rasa keseronokan itu; atas beberapa faktor.
Ada yang memang seronok nak melaksanakan tugasan, ada yang seronok ke tempat kerja kerana ada perjanjian kontrak yang bakal diterima hari ini, ada yang seronok kerana hari ni ada jemputan makan percuma di pejabat, atau mungkin ada yang seronok kerana ada buah hati sedang menunggu (atau mungkin kekasih gelahp…hahaha…)
Namun, ada juga yang merasa kurang selesa dan rimas untuk ke tempat kerja. Rasa tertekan dan runsing kerana banyak kerja yang hendak dan perlu dilaksanakan, ada yang kurang senang kerana kesesakan jalan, ada yang sudah bosan dengan rutin kerja yang sama, dan sebagainya.
Apakah implikasi kepada perasaan yang sedang terpancar itu?
Cuba kita buat ujikaji ini pada diri sendiri. Apabila bangun dari tidur, cuba paksa diri untuk bersemangat. Bersiap awal untuk ke tempat kerja. Sentiasa senyum dan cipta rasa seronok untuk ke tempat kerja. Rasa senyuman itu biarlah dengan penuh keikhlasan.
Walaupun, pada mulanya kita seolah-olah ‘buat-buat’ seronok untuk ke tempat kerja, namun percayalah, banyak perkara baik akan kita ‘tarik’ sepanjang hari itu, kesan daripada rasa seronok untuk ke tempat kerja yang hanya di’buat-buat’ itu tadi.
Kalau tak percaya, cubalah…!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan