Salam kasih sayang daripada KM buat semua. KM doakan, kita semua mendapat kebahagiaan yang hakiki daripadaNya…
Semasa KM muda aka budak sekolah rendah dulu, ada sebuah buku yang sangat KM minati dan baca berulang kali; Bercakap dengan Jin karangan Tamar Jalis. Ada sesuatu aura menarik dalam penceritaan itu sehingga KM jadi terpukau untuk terus mengulang dan ulang bacaan ceritanya.
Namun, hari ini KM bukan hendak berbicara berkenaan bercakap dengan jin, tetapi Bercakap dengan Alam. Nampak sama tapi bukan dia…
Di sekeliling kita, pasti ada ramai rakan dan kenalan. Dalam ramai itu, pasti ada yang dapat menjadi sahabat sejati untuk kita tumpang meluahkan perasaan dan masalah. Namun, manusia ada pelbagai perasaan dan cara pemikiran yang terselindung, yang kita tidak dapat pastikan dengan jelas dan nyata tentang keikhlasannya, dan kejernihan hatinya.
Alam, iaitu pokok dan tumbuhan, dan haiwan pula adalah juga makhluk ALLAH yang tercipta di alam ini. Alam, merupakan makhluk ALLAH yang patuh tanpa ada sedikit pun rasa sangsi tentang kewujudan dan kebesaran ALLAH. Ini terbukti kerana ‘mereka’ sentiasa bertasbih dan berzikir memuji ALLAH. Pokok-pokok, ikan di laut, semut yang melata, angin, awan, hujan, sungai yang mengalir, dan semuanya yang bernama alam, akan sentiasa patuh dengan arahanNya. Justeru, ‘mereka’ sentiasa berada dalam gelombang yang rendah iaitu berada dalam tahap yang mendamaikan.
Jika kita ada masalah, dan berbicara dengan sahabat kita, pasti ia dapat meringankan sedikit rasa masalah itu. Begitu juga jika kita meluahkan rasa bebanan itu kepada alam dengan bercakap dengan alam.
Kita mungkin pernah lihat ada manusia yang bercakap dengan kucing peliharaannya. Kita dapat lihat, dia bercakap dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kucing itu faham dan dapat memahaminya.
Kita juga mungkin pernah lihat ada manusia yang bercakap dengan pokok bunga. Kita lihat dia bercakap tentang harapannya agar pokok bunga itu sentiasa segar dan berbunga dengan penuh keindahan.
Semua ini adalah contoh bercakap dengan alam. Kerana manusia faham dan percaya bahawa, alam juga mampu untuk mendengar, mampu untuk memahami, dan mampu untuk meringankan perasaan manusia.
Keindahannya, ada masalah yang seperti hadir jalan penyelesaiaannya selepas berbicara dengan kucing sendiri. Masalah itu memang tidak akan selesai, atau kucing itu menyelesaikan masalah kita, namun selepas berbicara dengan kucing itu, jalan penyelesaian seperti hadir di hadapan kita. Hanya kitalah yang perlu merebut peluang dan melaksanakan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Keindahannya, bila berbicara dengan pokok, selepas itu nampak perubahan kepada pokok itu. Ia seolah-olah faham dan hidup dengan lebih bersemangat. Ia membesar dengan sihat, berbunga dengan indah, dan berbuah dengan rasa kenikmatan yang sebenar.
Semua ini adalah keindahan bercakap dengan alam. Hanya orang yang memahami, merasai, dan melakukannya sahaja dapat faham erti sebenar bercakap dengan alam….
Assalamualaikum KM,
BalasPadamSaya sangat-sangat bersetuju dengan apa yang KM bincangkan di sini kerana saya juga merasainya..kadangkala saya bercakap dengan kucing...KM saya amat menyukai blog ini dan teruskanlah menghasilkan karya-karya bermutu berkenaan Minda yg dapat dikongsi bersama dan dipraktikkan dalam aktiviti seharian saya.
Terima kasih. Lareyssa
terima kasih atas nasihat tadi
BalasPadamtapi macam mana nak faham apa yang kucing cakap
BalasPadam