Salam kasih sayang….
Menyambung bicara KM pada catatan yang lalu,
Kenapa KM katakan perlu sebut ‘delete’, stop, berhenti, dan sebagainya ketika pemikiran kita menjurus kepada perkara negatif? Ini adalah kerana, bila kita sebut dengan kuat, jelas, dan tegas, maka kita menghantar isyarat kepada minda bahawa kita tidak mahukannya.
Pada ketika inilah, minda akan berhenti memikirkan perkara negatif dengan serta merta. Ya, serta merta!
Ketika itu juga, bertindaklah segera dengan menukar mood pemikiran daripada negatif kepada positif. Dalam masa yang sama, beristighfarlah. Jika pemikiran masih lagi menjurus kepada perkara negatif, kuatkan lagi semangat untuk menghentikannya dengan memperbanyakkan istighfar. Pasti selepas itu kita akan menjadi lebih tenang dan damai.
Perhatikan di jalan raya, ketika kita memandu laju dan sampai ke kawasan yang agak berbahaya. Ketika itu pasti kita akan memandang kepada papan tanda amaran tentang kawasan itu berbahaya. Adakah kita terus memecut? Pasti sahaja papan tanda itu memberi isyarat kepada minda dan kita semakin berhati-hati selepas daripada itu, terutama sekali ketika berada di kawasan tersebut.
Secara peribadi, KM kurang senang dengan papan tanda seperti itu. Memang papan tanda amaran seperti itu baik untuk memberi ingatan kepada pemandu, tetapi dalam masa yang sama, ia menggalakkan pemandu-pemandu untuk memikirkan bahawa kawasan itu bahaya dan tidak selamat. Pemikiran pemandu-pemandu itu akan menyebabkan tarikan frekuansi yang tinggi bahawa kawasan itu bahaya, dan akhirnya akan menyebabkan lebih banyak kemalangan berlaku di kawasan itu.
Pun begitu, ia adalah perlu untuk terus memperingatkan kepada pemandu untuk terus dan lebih berhati-hati di kawasan tersebut.
Sepatutnya, apabila berada di kawasan itu, secara tidak langsung pasti kita akan memikirkan perkara negatif; kemalangan. Cuba sebutkan dengan kuat, jelas, dan tegas kepada diri kita; DELETE. Kemudian, tukarkan mood negatif itu kepada positif dengan memikirkan bahawa kita selamat dan sentiasa berwaspada di kawasan tersebut.
Jika semua pemandu dapat melakukan perkara ini, maka pasti frekuansi negatif bahawa kawasan tersebut bahaya akan bertukar kepada kawasan tersebut adalah selamat dan lebih berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.
btol tu.. minda negatif harus ditangkis supaya kita sentiasa fikir yg positif.. bahaya klu asik fikir negatif, semua benda tak jalan :)
BalasPadamSentiasa kuatkan diri untuk menangkis pemikiran negatif. Semuanya datang dari dalam diri kita sendiri....
BalasPadam