Ahad, 20 Mei 2012

Rezeki Itu Pelbagai…

Salam kasih sayang daripada KM…

Dulu (masa muda-muda aka kanak-kanak), bila sebut pasal rezeki, KM hanya bayangkang duit atau makanan sahaja.  Bagi KM, dua perkara itu adalah rezeki.  Namun kini, KM dapat memahami bahawa rezeki itu pelbagai dan luas pengertiannya.

Andai kita berada dalam situasi mencari tempat parking di sebuah lokasi yang padat, tiba-tiba ada kereta yang mengundur untuk keluar, betul-betul berhampiran lokasi kita berada; maka itu juga adalah rezeki.

Dan ingatlah, rezeki itu harus disyukuri.

Begitu juga bila kita sedang memandu dan berhajat untuk tiba dengan cepat ke tempat tujuan kita kerana ada urusan penting.  Apabila sampai saja di persimpangan lampu isyarat, kebetulan pula terus hijau; maka itu juga adalah rezeki.

Dan ingatlah, rezeki itu harus disyukuri.

Nampak tak bagaimana rezeki itu pelbagai dan luas pengertiannya.  Sekarang, KM nampak pelbagai perkara sebagai rezeki.  Hatta ketika memakai sehelai pakaian pun KM rasakan ia adalah rezeki daripada ALLAH Taala.  Kerana, tanpa kehendakNya, kita mungkin tidak mampu untuk memiliki pakaian tersebut.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum KM, terimakasih atas segala perkongsian, semoga KM sentiasa berada dalam Rahmat dan Barakah dari Allah didunia dan akhirat. Lamanya KM tak update blog ni, rindu tulisan baru dari KM :)

    BalasPadam
  2. lamanya tak update blog cikgu? pe cer

    BalasPadam