Salam kedamaian…
Apa yang anda faham berkenaan perasaan? Perasaan adalah unsur dalaman yang ada pada setiap manusia normal. Perasaan ini ada kaitan dengan hati, cara pemikiran, dan emosi. Jika kita ada hati yang damai, cara berfikir yang rasional, dan emosi yang stabil, maka kita akan mempunyai perasaan yang baik tentang sesuatu perkara.
Kawan KM kata, perasaan ini hanya berkaitan dengan cinta. KM pula kata, perasaan lebih dari cinta. Cinta itu hanya sekadar sebahagian daripada perasaan-perasaan yang ada dalam diri manusia. Contohnya, jika kita merasa kasihan kepada seorang lelaki buta yang hendak melintas jalan, maka itu tandanya kita mempunyai perasaan yang baik. Bukankah ini menunjukkan kita ada hati yang baik, emosi yang sesuai dengan keadaan yang memerhatikan lelaki buta itu yang dalam kesusahan, dan pemikiran yang rasional; dapat memahami kesusahan lelaki buta itu. Keadaan ini menunjukkan yang kita ada perasaan yang baik. Maka yang lebih baik adalah, ketika itu kita menghulurkan bantuan kepada lelaki buta itu dengan membantunya memimpin untuk ke seberang jalan.
Tidak dinafikan, ada masanya perasaan kita akan terganggu dengan masalah dan cabaran yang kita hadapi. Perasaan pada ketika itu pasti sahaja tidak tenang dan bercelaru. Persoalannya, mampukah kita mengawal perasaan itu agar tidak terbawa-bawa dan memberi masalah yang lebih besar kepada diri?
Jawapan yang pasti adalah, kita semua mampu untuk mengawal perasaan itu. Syaratnya adalah, kita harus menguatkan semangat untuk mengawal perasaan itu.
Perasaan negatif seperti sedih kerana putus cinta (contoh) merupakan keadaan yang sangat perit untuk kita hadapi. Namun, kita perlu untuk mengawalnya agar masalah percintaan itu tidak menimbulkan masalah lain yang lebih besar.
Cara yang paling mudah untuk mengawal perasaan negatif seperti ini adalah dengan mengubah cara pemikiran kita. Jika kita memikirkan tentang si dia yang meninggalkan kita dan masalah percintaan yang memeritkan itu, memanglah perasaan kita akan berada dalam zon negatif. Cuba ubah pemikiran kita. Jangan fikirkan si dia dan percintaan itu. Cuba fikirkan perkara lain yang lebih menyenangkan. Contohnya fikirkan tentang kejayaan yang pernah dan bakal kita tempuhi. Pada ketika inilah perlunya kita menyimpan apa sahaja perkara atau barangan yang ada kaitan dengan percintaan kita itu. Ketika ini juga kita keluarkan barangan lain yang tidak ada kaitan dengan si dia. Contohnya pada ketika ini keluarkan gambar kenangan semasa konvokesyen, atau apa sahaja kenangan indah. Perhatikan dan rasai keindahan suasana pada ketika gambar itu diambil. Cuba penuhkan rasa keseronokan dalam hati sebanyak yang mungkin. Hal ini akan menyebabkan kita mula keluar daripada zon perasaan negatif tadi.
Apabila kita telah berjaya keluar dari zon negatif tadi, maka sedikit demi sedikit kita akan mula merasa tenang. Ketenangan ini penting untuk membolehkan kita kembali berfikiran secara rasional.
Insan2 yg berjaya adalah insan yg mampu mengawal perasaan..betul kan?
BalasPadam