Jumaat, 11 November 2011

Balik Bertugas….

Salam kedamaian….

DSC_0437Gambar diambil semasa melakukan tinjauan awal sebelum acara Menawan Puncak dilaksanakan kepada peserta kem 

Catatan ini KM lakukan setelah pulang dari bertugas di Kem Latihan Cheneh Cemerlang.  Aktiviti latihan pendidikan luar kali ini memang agak memenatkan kerana kami kekurangan tenaga jurulatih.  Jadi jurulatih yang ada terpaksa melaksanakan beberapa tugasan dalam masa yang padat.  Lebih memenatkan kerana aktiviti lasak memenuhi hampir semua slot yang ada.  Kumpulan sasaran dalam latihan ini adalah pelajar lepasan PMR daerah Kemaman yang dikumpulkan daripada semua sekolah.  Dengan bilangan peserta yang ramai dan jurulatih yang kurang, menyebabkan barisan jurulatih terpaksa memerah sepenuh tenaga untuk memastikan keselamatan dan perjalanan aktiviti berjalan lancar.  Syukur alhamdulillah, semuanya selamat dan berjaya melaksanakan aktiviti.

Cuma ada satu kejadian yang mungkin akan menjadi pengajaran kepada KM selepas ini…Pada ketika itu, KM menjadi ketua projek untuk aktiviti larian lasak berhalangan.  Ada satu kawasan halangan yang dinamakan swinging over dich, iaitu peserta perlu berayun dengan tali melepasi halangan berair.  Kalau nak gambarkan, macam tarzan bergayut antara pokok tu, tapi hanya untuk melepasi kawasan berair.

Memang sebagai jurulatih, kami diajar dan dilatih untuk memastikan keselamatan adalah yang paling utama.  Tetapi kerana kelekaan yang sedikit sahaja, KM telah terlepas pandang pada satu keadaan.  Ada seorang peserta perempuan yang melakukan halangan ini telah terjatuh kembali ke dalam air dan menyebabkan kecederaan.  Pada asalnya dia telah pun berjaya mencecahkan kaki ke tebing.  Oleh kerana KM tidak mengarahkan pembantu jurulatih yang ada untuk menyambutnya semasa dia sampai ke tebing sebelah sana, dan mungkin kerana peserta itu juga panik, menyebabkan dia jatuh semula ke dalam air.  Ada le sedikit kecederaan berlaku kepadanya akibat kejadian itu.  Namun, nampaknya hingga ke hari terakhir latihan, dia sudah semakin pulih dan berjaya menamatkan latihan.

Satu lagi kejadian yang mungkin agak melucukan, tali di halangan yang sama putus dan menyebabkan peserta terjatuh di tengah-tengan kolam berair itu.  Keadaan tidaklah bahaya kerana kawasan berair itu tidak dalam, cuma terfikir bagaimana tali yang besar itu boleh putus sedangkan setiap prosedur keselamatan telah dilakukan dan peserta itu pun bukanlah bersaiz besar dan berat.

Badan terasa sangat letih, namun kerana kepuasan dapat melaksanakan semua tugas dengan jaya, KM rasa sangat gembira.  Sekarang, KM sedang bersiap sedia pula untuk melaksankan satu lagi latihan luar yang agak besar, Jambori Pengakap ASEAN yang akan dilaksanakan di Kem Telaga Batin minggu depan.  Harap, semua baju sempat kering sebelum dipanggil bertugas di sana…

5 ulasan:

  1. aduh!! bila jatuh kat kolam air, mmg tak sakit la..cuma badan terus basah lencun kot...masa tuh mesti dlm hati maki hamun..heheheh

    BalasPadam
  2. blog ni macam dah berubah sikit laaa..

    BalasPadam
  3. salam KM...

    lama tak bertemu....hehe..busy rupanya ya..;-)

    kesian pelajar-pelajar terjatuh...

    BalasPadam
  4. salam km..
    bace entry yg ni teringat time aktif bercamping mase skola..bile masuk zmn u dah tak sanggup nak bersusah dlm hutan lg dah hehe...rindu plak nak bercamping

    BalasPadam