Jumaat, 30 September 2011

Khutbah Jumaat

Salam kasih sayang…

Seperti biasa, topik catatan pada hari ini adalah berkaitan SRJ…

Pada hari ini KM minta kita semua memusatkan kepada salah satu perkara penting dalam solat Jumaat iaitu khutbah.  Kenapa agaknya khutbah Jumaat penting dan menjadi salah satu perkara wajib dalam solat Jumaat?  Jika mahukan jawapan daripada KM, mudah sahaja….  Solat Jumaat adalah sejenis solat yang sangat istimewa.  Ia adalah solat mingguan yang wajib dikerjakan secara berjemaah.  Andai ada yang melakukan solat Jumaat secara berseorangan di rumah, pasti sahaja tidak sah dan tidak sempurna solatnya.

Solat Jumaat adalah solat yang memberi rasa perpaduan dan kekuatan, dan memberi ilmu kepada kita semua.  Hanya sehari dalam seminggu, kita semua akan duduk bersama untuk mendengar khutbah, dan kemudiannya mendirikan solat bersama-sama.  Jadi, dalam hal ini terdapat dua perkara iaitu mendirikan solat secara berjemaah dan dapat membentuk perpaduan di kalangan kita, dan mendengar khutbah untuk mendapat sedikit nasihat dan ilmu.

Khutbah Jumaat bukan hanya sekadar memberi ingatan agama.  Apa sahaja cabang ilmu dapat disampaikan melalui khutbah Jumaat.  Andai berada di dalam peperangan sekalipun dan khatib berkhutbah tentang semangat perjuangan membela agama, maka tetap ia dikira sebagai sebuah khutbah yang baik.  Khutbah yang baik adalah membicarakan tentang hal ehwal semasa dan kaitannya dengan diri kita sebagai seorang muslim.  Ini akan menjadi nasihat dan panduan kepada semua ummat Islam yang sedang mendengar khutbah tersebut.

Pada KM, lebih suka dan berminat mendengar khutbah yang disampaikan secara spontan.  Khutbah spontan ini bukanlah bermakna spontan seluruhnya.  Khatib masih membuat catatan ringkas berkenaan isi khutbah yang hendak disampaikan, dan kemudiannya menyampaikan khutbah dengan ulasannya yang tersendiri.  Keadaan ini menjadikan khutbah khatib itu menjadi lebih natural dan menarik perhatian, berbanding dengan hanya membaca teks secara meleret-leret.

2 ulasan:

  1. sebenarnya pendekatan yang lebih 'hidup' atau spontan atau berkait rapat dgn kehidupan seharian, seperti loghat atau contoh yang diberikan, akan meninggalkan kesan lebih dalam bagi jemaah yg mendengar. kan?

    *macam dalam novel Imam

    BalasPadam
  2. KM....ila tak pernah dengar khutbah jumaat..tapi mesti duk baca kawan2 lelaki tulis dekat FB apa tajuk khutbah jumaat...hehe

    BalasPadam