Salam kasih sayang…
Jika kita berjaya ‘membenarkan’ sesuatu dalam minda kita, sebenarnya kita telah berjaya memprogram sesuatu untuk minda kita bertindak. Minda akan faham dan percaya bahawa apa yang kita benarkan itu adalah yang betul dan perlu dilaksanakan.
Benarkan dalam minda bahawa kita ini hebat, maka minda akan bertindak untuk menjadikan kita hebat. Segala macam kehebatan itu akan berlaku dengan kehendakNya.
Benarkan dalam minda bahawa kita berjaya dalam pelajaran, maka minda akan bertindak untuk menjadikan kita berjaya. Segala maklumat dan persoalan dalam pelajaran itu akan dirasakan sangat mudah selepas itu untuk kita lalui. Segalanya adalah ketentuanNya jua.
Benarkan dalam minda bahawa kita ini disayangi, maka minda akan membentuk diri kita seperti sebuah magnet kasih sayang yang berjaya menarik perhatian semua orang di sekeliling kita.
Inilah kehebatan minda yang ALLAH ciptakan. Jika kita berusaha dan berjaya membenarkan sesuatu dalam minda, maka kita akan menjadi orang yang sangat hebat dan berjaya.