Salam kedamaian daripada KM buat semua. KM doakan kita semua sentiasa berada dalam keadaan yang setiasa dimurahkan rezeki dan menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan rezeki tersebut.
Pada catatan yang lalu, (sudah seminggu yang lalu KM terbitkan) ada KM catatkan tentang kesyukuran. Memang kita perlu sentiasa bersyukur, dan insyaALLAH akan ada sesuatu yang menjadi kebaikan dengan kesyukuran itu akan menjadikan nikmat kita semakin bertambah dan berganda.
Namun, ada seorang kenalan KM yang bertanya; bagaimana hendak melazimkan diri untuk bersyukur?
Caranya mudah sahaja… Kita perlu buat bandingan dengan orang lain, dan rasai kenikmatan yang ada, kemudian pasti kita akan merasa sangat bersyukur.
Apabila membuat bandingan, jangan dibandingkan dengan orang yang ‘lebih’ daripada kita, sebaliknya bandingkan dengan orang yang kurang daripada kita. Contohnya jika kita punya sebuah kereta Kancil; kecil, comel, cute, biasa-biasa aja…cuba ketika itu kita bandingkan dengan orang yang hanya punya motosikal. Ketika itu pasti kita akan merasai nikmat punya kereta, walaupun hanya kereta Kancil. Kerana, walaupun hanya berkereta yang ‘biasa-biasa aja’, namun kita masih terlindung semasa hujan berbanding orang yang hanya bermotosikal. Kita terlindung daripada panas dan kesukaran pemanduan, berbanding orang yang bermotosikal yang sangat terdedah dengan bahaya.
Kenikmatan itu, akan menjadikan kita lebih bersyukur walaupun hanya memiliki sebuah kereta comel seperti Kancil.
Inilah yang KM katakan, bandingkan dengan orang lain, rasai kenikmatannya, dan selepas itu pasti kita akan menjadi lebih bersyukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan