tag:blogger.com,1999:blog-5973191884822782072.post3872110018575784069..comments2022-09-21T02:38:18.390+08:00Comments on Kuasai Minda Anda: Gelombang Otak Manusia ~ Bahagian 3Kuasai Mindahttp://www.blogger.com/profile/04957176265026521357noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-5973191884822782072.post-14078826159005037292010-08-31T05:48:21.872+08:002010-08-31T05:48:21.872+08:00Jika kita hendak menyatakan apa yang terbaik antar...Jika kita hendak menyatakan apa yang terbaik antara ketiga-tiganya, adalah sesuatu yang subjektif. Ia seperti menilai sesuatu, pada pandangan seseorang mungkin A adalah terbaik, dan bagi seseorang yang lain pula, mungkin B lebih baik. Apa yang penting adalah kita mengetahui dan menyedari apa yang terjadi adalah daripada usaha dan kehendak daripadaNya jua.

Bagi diriku sendiri, meditasi adalah cara terhebat. Meditasi yang aku maksudkan adalah meditasi ala Islam. Dengan melakukan solat hajat, berzikir, dan berwirid, sebenarnya kita telah berjaya merendahkan gelombang otak kita ke tahap alpha. Lantaran itu, kita mudah untuk meminta dan mengharapkan setiap sesuatu itu berlaku. Dan, sebagai orang yang beriman, tentu sahaja kita letakkan kepercayaan dan keyakinan bahawa apa yang berlaku itu tentulah daripada kehendak ALLAH Taala semata-mata.

Maaf jika kuberikan suatu contoh tipikal...
Pemulihan penagihan dadah. Jika mengikut kaedah yang dilakukan selama ini, kita hanya mengurung dan menghalang pengambilan dadah di kalangan penagih di pusat serenti. Kaedah ini nampak berkesan kerana penagih terhenti daripada menagih. Namun apa yang berlaku selepas mereka keluar? Ada yang benar-benar pulih, namun 80% daripada mereka akan kembali ke dunia penagihan.

Berbanding dengan suatu kaedah perawatan Islam yang mengurung mereka, menghalang pengambilan dadah, dan dalam masa yang sama mereka didekatkan diri dengan ALLAH. Mereka dianjurkan untuk berjemaah dalam komuniti 'pusat serenti' itu. Mereka di'paksa' untuk solat malam dan berzikir. Mereka dibentengkan dengan Islam dan Iman. Maka cara ini nampak lebih berkesan dari segi jangka panjang. Ini adalah kerana apabila kita berjaya menurunkan gelombang minda pelatih pusat serenti ke tahap alpha (dengan solat dan zikir) kemudian diberikan saranan untuk meninggalkan dadah, maka mereka akan dapat menerimanya dengan lebih mudah.

Apa yang pasti, apabila gelombang minda kita berada di tahap alpha, maka apa sahaja yang diminta, maka kita akan melakukannya. Itulah hukum alam yang ALLAH telah janjikan berkaitan dengan kuasa minda yang ALLAH berikan kepada kita semua...Kuasai Mindahttps://www.blogger.com/profile/04957176265026521357noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5973191884822782072.post-88003506065805868702010-08-30T12:14:12.380+08:002010-08-30T12:14:12.380+08:00diantara 3 nie mana yang paling bagus??diantara 3 nie mana yang paling bagus??Zikri Husainihttps://www.blogger.com/profile/06676290995900520550noreply@blogger.com